Muqoddimah



BismilLah..alhamdulilLah,
Segala puji-pujian ana panjatkan kehadrat PENCIPTA SARWAJAGAT, ALLAH S.W.T.
Ya TUHAN,
Karuniakanlah hidayah atas ruuhi - agar INSAF/INGAT
Buahkanlah ilham pada fikrii - agar CELIK 'AQAL/AL HAQ
Berikanlah kepada pena bambu hamba-Mu ini manisnya batang tebu..harumilah dengan wewangian jurnal eletronik yang mulai ana tulis ini!
Kerana ini adalah lapangan maya, wacana yang masih harus disempurnakan..membersihkan karat nafsu pada kantung diri..untuk melambaikan SAYONARA pada JAHILIYYAH dan selanjutnya berlutut, sujud, tunduk, patuh pada perencanaan ILAHI.. terus berusaha seiltizam dan sejujurnya lilLahi Ta'ala dalam pembentukkan keperibadian Muslimah ILahi yang bersyaksiah tinggi was sholehah pada diri.
Seterusnya moga dipermudahkan segala urusan dan diberi peluang menjadi sebahagian daripada al mutaqqin, insyaALLAH. Amiin ya Robbal 'Aalamin.
WabilLahit-tawfiq wal hidayah
Wassalamu 'alaikum warahmatulLahi wabarakatuh.


Nukilan,
Al faqiirah ila Robbiha
Bint Haji Yusof,
30 DhulHijjah 1426H ,
Isnin - 2006- in Auckland, NZ.
p/s: Kreditasi diberikan kepada "Muhasabah Diri" dan "Jami" atas kesenangan irasan percikan tinta mu'alif al faqiir". Barakumullah!Sebarang teguran dan cadangan amatlah dialu-alukan filLah! Wslm wbt.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home