~* Mutiara Tazkirah.. moga ada khairnya.. insyaALLAH, walLAHU Ta'ala 'Alam

Bersegera Kepada Kebaikan dan Menganjurkan Kepada Orang-orang yang Menuju Kebaikan supaya Menghadapinya dengan Bersungguh-sungguh Tanpa Keragu-raguan. ~*~ ALLAH S.W.T. berfirman yang mafhumnya " Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti ALLAH akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu" [ Al Baqarah; 2:148 ]

Tuesday, July 11, 2006

SubahanalLAH walhamdulilLAH wa laILAHA illa ALLAH, ALLAHU AKHBAR!

.
Sebatang balak dari jenis "okoume" didapati mengandungi ayat-ayat al-quran, ditemui disebuah kilang papan di Ankara, Turki.



Apa yang menakjubkan ahli sains dan pakar agama ialah ayat-ayat yang timbul daripada urat kayu itu didapati pada setiap lapisan balak yang dibelah.

Antara lain, tulisan yang jelas dibaca dalam bentuk "cufic arabic" itu ialah "bismillahirrahmanirrahim muhammad". Tulisan "cufic arabic" sama bentuknya dengan al-quran tulisan saidina omar al-khatab yang dianggap al-ouran bertulis pertama di dunia.

Tulisan bentuk itu wujud sejak 1,400 tahun lalu.beberapa saintis dan pakar agama sependapat bahawa ayat yang wujud pada keping papan lapis itu, mengkagumkan.

Pengusaha kilang itu, Sener Aykul teli berkata ayat-ayat al-quran itu ditemui oleh seorang pekerjanya sewaktu mengawasi proses pemotongan papan lapis untuk dijadikan perabot, pertengahan tahun lalu. Salah satu daripada batang kayu itu menghasilkan tulisan ayat berkenaan. Sewaktu dibawa ke kilang, panjang balak itu ialah 12 meter.

Manakala dalam bentuk asalnya, ia berukuran 35 hingga 40 m eter. Tulisan itu timbul selepas kayu itu di potong sepanjang 4 meter dengan mesin outomatik. Encik Aykul Teli yang menjadi orang kedua melihatnya, berkata tulisan ayat al-quran itu berukuran kira-kira 3.4 meter panjang dengan lebar kira-kira 0.7 meter. Katanya, sekumpulan saintis mengesahkan bentuk permukaan papan itu adalah asli dan tidak mungkin dilakukan oleh manusia.

Urat pada tulisan berkenaan timbul di permukaan papan dan boleh dirasai dengan tangan. Encik aykul teli berkata, kajian awal pada batang kayu "okoume" itu berusia 60 tahun dan berasal dari gabon, afrika yang dieksport untuk diproses di turki.

Turki berharap untuk menderma pada negara-negara islam termasuk Malaysia untuk dijadikan bahan pameran.setakat ini Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu sudah menerima kepingan papan lapis berkenaan. Sekeping lagi dipamerkan di Muzeum Topkapi, Istanbul.

Sumber perolehan: Asrar_reeza (http://shafriza.blogspot.com)

~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~

* Bintu Yusof:



SubahanalLAH walhamdulilLAH wa laILAHA illa ALLAH, ALLAHU AKHBAR! Betapa MAHA KUASA dan BIJAKSANA ALLAH TA'ALA, masyaALLAH, mudah-mudahan bisa melahirkan keINSAFAN pada yang melihatnya. Moga dapat membuka mata pembaca insyaALLAH dan membuatkan insan terfikir akan keKUASAan TUHAN, dan menambah keTAQWAan bagi yang bijak menilai dan menghargai nikmat-nikmat karuniaan ILAHI atasnya, walLAHU TA'ALA 'ALAM.

BarakalLAHUlakunna! Saamih ni 'ala kulli hal, dan jazakilLAHU khairal jaza' buat ukhti Shafriza atas informan ini ilayya, moga ALLAH merahmati usaha murni ukhti, insyaALLAH.

Akhirul kalam..bersama do'akan kesejahteraan, kejayaan dan keamanan buat UMMAH!

Wassalamu bilkhair ajma'in.

al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
15 Jumada al Akhirah,
TRC, Downtown, Auckland,NZ.

Monday, July 10, 2006

Kunci - Kunci Kesuksesan

.
BismilLAH..

Dunia akan membuatmu tertawa pada suatu hari. Tetapi esoknya, ia akan membuatmu menangis,kerana keburukannya.



1.Kunci kemuliaan :
Taat kepada ALLAH dan rasul-NYA

2.Kunci rezeki :
Berusaha disertai dengan beristigfar dan bertakwa

3.Kunci surga :
Mengesakan ALLAH (tauhid)

4.Kunci keimanan:
Berpikir tentang ayat-ayat ALLAH dan makhluk-makhuk ciptaan-NYA.

5.Kunci kebajikan :
Kejujuran




6.Kunci kehidupan hati :
Merenungi (tadabbur) al-Quran, mengadu kepada ALLAH pada waktu sebelum fajar, dan meninggalkan dosa

7.Kunci ilmu :
Bertanya dan mendengar dengan baik

8.Kunci kemenangan dan kesuksesan :
Kesabaran

9.Kunci Keberuntungan :
KeTaqwaan

10.Kunci bertambahnya nikmat :
Bersyukur

11.Kunci mencintai akhirat :
Zuhud terhadap dunia

12.Kunci agar dikabulkan oleh ALLAH :
Berdoa





....dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu .... (Luqman; 31:17))


Bintu Yusof: Ismihli 'ala kulli hal,inni al faqiirah ila ROBBIha

(14 Jumada Al Akhirah 1427H, Isn, Auckland, NZ)

~*~ ~*~ ~*~

*Bingkisan mutiara dipetik daripada:

"Tips menjadi wanita paling bahagia di dunia", DR. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, M.A
Powered by ClockBot.com