Bab 10 (88) Hadith Kedua
(Bab 10 - Riyadhus Shalihin - Imam Nawawi)


Dari Abu Sirwa'ah (dengan kasrahnya sin yang muhmalah dan
boleh pula dengan difathahkannya, iaitu 'Uqbah bin al-Harits r.a.,
katanya:
" Saya bersembahyang di belakang Nabi s.a.w. di Madinah
yakni solat 'Asar. Kemudian setelah bersalam lalu
berdiri bergegas-gegas, terus melangkahi leher
banyak orang untuk menuju ke salah satu bilik
isterinya. Banyak orang takut kerana melihat bergegas
-gegasnya beliau itu. Selanjutnya, Nabi s.a.w. keluar
lagi menemui sohabat-sohabatnya itu lalu mengetahui
bahawa mereka itu benar-benar kehairanan kerana
bergegas-gegasnya tadi.
Baginda s.a.w. bersabda:
" Saya ingat pada sepotong emas yang ada di tempatku,
maka saya tidak senang kalau benda itu menggangu
fikiranku - untuk menghadap ALLAH Ta'ala. Oleh
sebab itu saya menyuruh supaya benda tadi dibahagi
-bahagikan "
(Riwayat Bukhari)
Dan disebutkan dalam riwayat Imam Bukhari
yang lain demikian:
" Saya meninggalkan di rumah sepotong emas
dari hasil sedeqah, maka saya tidak senang kalau
sampai menginapkannya."
At-tibru, ertinya ialah potongan-potongan emas atau perak.
------
* Bint Haji Yusof:


Saudara saudari yang dirahmati ALLAH,
"Benar-benar perhati, perhalusi, waspadai & jagai
perhubungan nahnu (kita) dengan ALLAH S.W.T.
Sesungguhnya Dia Maha Menilai, Maha 'Adil dan
Maha Kuasa Menetapkan segala bentuk ganjaran dan pembalasan 'alayna. Jangan sampai kemewahan duniawi
melewati banjaran kecintaan nahnu kepada Ar Rahman
Ar Rahim".
ALLAHUMMA 'AIZ AL-ISLAM WA AL-MUSLIMIN!
ALLAHU AKHBAR 3X !
LAILAHA ILLA ALLAH S.W.T. !
Wassalamu bilkhair ajma'in.
Al faqiir ila ROBBI,
Bint Haji Yusof,
10 Muharram 1427H, Juma'at
Auckland, NEW ZEALAND.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home