~* Mutiara Tazkirah.. moga ada khairnya.. insyaALLAH, walLAHU Ta'ala 'Alam

Bersegera Kepada Kebaikan dan Menganjurkan Kepada Orang-orang yang Menuju Kebaikan supaya Menghadapinya dengan Bersungguh-sungguh Tanpa Keragu-raguan. ~*~ ALLAH S.W.T. berfirman yang mafhumnya " Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti ALLAH akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu" [ Al Baqarah; 2:148 ]

Thursday, April 13, 2006

Inni al faqiirah ila ROBBI

.
BismilLAH, alhamdulilLAH,

Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh,





Syukran lilLAHI Ta'ala
biiznilLAH, hari ini masih beroleh peluang untuk bingkas
dari mati kecil (tiduran) untuk mnyempurnakan segala
tanggungjawab yang belum pasti kan sempurnanya selaku
perantau ke akhirah, moga2 senantiasa beroleh hidayah
dan keampunan daripada-NYA, AR RAHMAN AR RAHIM,
insyaALLAH.


JazakalLAHU khairal jaza'
buat saudara saudari seaqeedah yang ana hormati dan
hargai ikhlas kerana ALLAH TA’ALA atas tinggalan mesej
yang bersarat nasihat dan peringatan buat diri ini yang
ada kalanya kealpaan jua, insyaALLAH pengoreksian
pada diri akan terus diusahakan selagi punya daya dan
selagi ruuh tidak sampai ke halkum,
walLAHU Musta'an
.






Kadang-kadang terfikir juga, seringkali pakaian yang
kotor
diberus-berus, disabun-sabun, dicuci-cuci, dibilas
-bilas hingga bersih. Alangkah ia bisa berkata-kata,
barangkali ia akan berteriak KESAKITAN.


Na’am, begitulah persisnya atau bisa diperbidalankan
orang yang berIMAN.


Hakikinya,
Untuk membersihkan dirinya dari noda-noda dosa dan
sisa-sisa kejahiliyahan serta mengangkat darjatnya di
sisi TUHAN, ia juga akan diuji dengan KESAKITAN dan
PENDERITAAN.






Jika kain berendam air basuhan,

Mukmin tadi pula berendam keringat perjuangan
dan air mata duka kerana mengenangkan nasib diri;
pendek kata menginsafi akan dirinya yang masih ada
lagi tiada sempurna, masih banyak carikan yang tak tertampung… ...memedihkan dan sedih amat.


TETAPI
jika dia bersabar dan bahawasanya titisan mutiara
keinsafan
yang mngalir jernih membasahi pipinya itu
adalah bersarikan sebenar-sebenar keikhlasan dan
kesedaran kerana "aku ini adalah hamba TUHAN,
aku ini ditaklifkan sebagai khalifah di muka bumi
bukan hanya ibarat tunggul yang diam kaki semata
membumi
"






..insyaALLAH ,
TUHAN itu kan seBIJAK2 PENILAI
dan MAHA ADIL PENGADILANNYA, maka akan
diampunkanlah dosa-dosa sang hamba tadi lantas
dinaikkan darjatnya....insyaALLAH, moga ada khairnya.

Aduhai
saudara saudari seaqeedahku yang dirahmati ILAHI,
Moga sama-samalah selamat menempuh ranjau
kehidupan
di bumi TUHAN. Moga sama-samalah
semuanya ingat dan bertawakallah sentiasa kepada
ALLAH, Tuan punya dunia


...didoakan kebahagian dan kemuliaan sentiasa


...kun sa'idan 'ala kulli hal


...maafkan ana atas segala-galanya sama ada
bersarat kesilap salahan mahupun kelemahan
...



WalLAHU Ta’ala ‘Alam.


Wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.


Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan,
Bintu Haji Yusof,
15 Raby al Awwal 1427H (Khamis)
Downtown, Auckland, Nueva Zelanda.


1 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com